Pendidikan Malaysia Antara Terbaik Di Dunia


RAUB  – Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO berjaya meletakkan martabat pendidikan negara ke tahap tertinggi sebagai antara yang terbaik di dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Ko­perasi, Keusahawanan dan Ke­penggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, bidang pendidikan sentiasa diberikan keutamaan dan menjadi agenda utama kerajaan BN dengan peruntukan besar setiap tahun.

“Kita bersyukur kerana sistem pendidikan di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia hasil komitmen kerajaan yang menjadikannya sebagai agenda utama.

“Malah, bidang pendidikan juga unik yang mampu mendi­dik pelbagai kaum dan penganut agama hidup dengan aman serta harmoni,” katanya selepas majlis Guru Pembina Negara peringkat daerah di Dewan Jubli Perak di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah, Nor Ahmad Abdul Rahim.

Menurut Shahiruddin, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan yang dilihat sebagai faktor utama mencorakkan masa depan bangsa dan negara.

Menerusi peruntukan besar diberikan, kata beliau, rakyat mendapat pendidikan percuma sejak di taman didikan kanak-kanak hingga ke sekolah mene­ngah.

“Pelbagai bantuan pendidikan termasuk biasiswa dan pinjaman disediakan bagi membantu rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, guru juga harus mempertingkatkan kemampuan diri dengan perkembangan ilmu terkini yang relevan dengan keadaan semasa.

“Suasana hari ini sudah banyak berubah. Maka guru harus memperkemaskan diri dengan ilmu terkini,” katanya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com