Pendapatan Penduduk Langkawi Akan Setaraf Bali


"SAYA datang  ke Langkawi tak bawa orang korporat.., tapi saya memerlukan pelabur untuk majukan Langkawi. 

Jangan bimbang... saya tidak akan tinggalkan orang Langkawi," kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Perdana Menteri, kemasukan pelabur ke pulau pelancongan itu sudah tentunya manfaatnya akan turut dinikmati oleh penduduk terutama dalam sektor pekerjaan dan perniagaan.

Beliau mahu Langkawi maju seperti mana Pulau Bali, Indonensia di mana pendapatan rakyat akan bertambah tinggi apabila kehadiran ramai pelancong dari seluruh dunia.

Bagaimanapun Najib menegaskan, Pulau Langkawi tidak boleh dimajukan oleh seorang individu tetapi hanya akan dibangunkan oleh kerajaan yang kukuh.

 " Saya seorang tidak kuat... tetapi oleh kerana sokongan kuat daripada UMNO dan Barisan Nasional, kemajuan di Langkawi mampu dimajukan lagi di masa akan datang, " kata Najib.

Menurutnya jika kerajaan BN tidak mempunyai kuasa, tidak mungkin pembangunan untuk rakyat di Langkawi akan dapat dilaksanakan sebelum ini.

Dalam hal ini, penduduk Langkawi perlu mengekalkan kemenangan BN pada  PRU 9 Mei ini.

Perdana Menteri mengingatkan demikian pada majlis bersama rakyat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Mat Sirat hari ini.

Sementara itu Najib yakin masa depan penduduk Langkawi akan lebih baik termasuk pendapatan yang lebih tinggi daripada sekarang.

Pelancong-pelancong yang kaya akan memilih untuk melawat Langkawi kerana kemudahan asas yang baik  dan adanya hotel-hotel mewah seperti Ritz-Carlton yang akan dirasmikan hari ini.

Kerajaan juga memberi jaminan Blueprint Pembangunan Langkawi, peruntukan tambahan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diumumkan baru-baru ini bukanlah janji kosong seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Janji BN dalam manifesto PRU14 seperti menambah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai bantuan lain serta projek di setiap negeri bukanlah satu janji kosong walaupun pembangkang mempertikaikan kemampuan kewanagan kerajaan.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia bukan suatu senjata politik tapi sebaliknya adalah berasaskan prinsip pengagihan kekayaan kepada rakyat. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com