Penat Berlari, Orang Lain Dapat Medal


PENGURUS acara maraton London menyiasat mengenai seorang penyamar yang merangkul medal selepas larian.

Peserta maraton Jake Halliday memberitahu dia kehilangan nombor penyertaan kira-kira 15 minit sebelum tiba di garisan penamat.

Disebabkan peraturan setiap peserta tidak dibenarkan berlari tanpa nombor, Jake terpaksa menarik diri selepas 34.6 kilometer.

Namun malangnya nombor penyertaan Jake 35179  telah dijumpai oleh seorang individu yang menyamar sebagai peserta.

Penyamar tersebut yang tidak memakai baju dilihat menampal nombor rasmi peserta dan berada di garisan penamat dan menerima medal.

Malang buat Jake yang berusaha untuk menamatkan lariannya di bawah tempoh tiga jam 30 minit.

Jake menyertai larian amal itu bersama kawannya Andrew Keiller.

Sumber:Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com