Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Bendera BN Dirosakkan


KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang membuat satu laporan polis susulan viral video seorang lelaki mencabut dan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN di ibu negara, malam tadi.

Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang, Jefree Zain Affendi Dan Yunan berkata bendera berkenaan dipasang oleh pihaknya di lokasi terbabit yang terletak di bawah Parlimen Bukit Bintang.

"Rakaman video berdurasi 15 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan mencabut beberapa bendera BN yang dipasang di persimpangan Jalan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tun Sambanthan 4.Saya percaya tiada masalah mana-mana parti untuk pasang bendera. Tetapi jangan cuba untuk merosakkan atau melakukan provokasi terhadap bendera BN, "   katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, malam tadi.

Beliau menyelar perbuatan khianat individu tersebut yang disifatkannya sebagai tidak matang dan meminta polis segera melakukan siasatan.

"Perkara sama turut berlaku dua hari lalu di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Kita tidak mahu perkara ini berulang dan berharap dapat bertanding secara sihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti," kata beliau lagi.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com