Peminta Sedekah Dakwa Dirinya ‘Terlalu Cantik’ Untuk Kerja


SEORANG wanita dari Lijiang di daerah Yunnan, China mendakwa dia “terlalu cantik untuk bekerja” dan mengambil keputusan untuk menjadi pengemis, lapor Sin Chew Daily.

Dia turut menyatakan bahawa dia pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan juruwang namun telah dibuang kerja.

Katanya lagi, jika dia menulis “Saya lapar, perlu 10 yuan untuk beli makanan” pada kadbod yang dipegang olehnya semasa meminta sedekah, mungkin ada orang yang akan bersimpati kepadanya atau dia boleh menjual tubuhnya, namun dia enggan melakukan begitu.

Sebaliknya, dia menulis: “Saya dari Hunan, cantik secara semulajadi, tiada kecacatan dan sihat tubuh badan, dan saya pilih untuk mengemis di sini daripada bekerja. Terima kasih insan-insan yang baik hati.”


Selepas gambar-gambarnya tular di media sosial republik itu, netizen meluahkan rasa simpati mereka terhadap wanita berusia 30 tahun itu.

Kata mereka, seseorang yang masih muda dan berpenampilan menarik sepertinya tidak sepatutnya meminta sedekah di jalanan dan perlu mencari kerja yang lebih bagus.

Namun, ada juga netizen yang menempelak wanita tersebut dengan mengatakan dia sebenarnya bukanlah ‘terlalu cantik’, tetapi hanya mahu mengambil jalan mudah untuk tidak bekerja seperti orang lain. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com