Pemimpin PAN Disindir Kerana PAS Tolong Bayar Wang Pertaruhan PRU13

 

PAS menyindir pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang pernah dibayar deposit oleh parti Islam itu semasa pilihan raya umum yang lepas.

Sindiran itu dibuat oleh Ahli Jawankuasa PAS Pusat Dr. Dr Azman Ibrahim ekoran tuduhan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menuduh tiga pemimpin PAS Trengganu menerima 'sogokan' daripada UMNO.

"Sejak puluhan tahun PAS bertanding, tidak pernah timbul isu dan masalah hal deposit pilihan raya.  Mereka yang lompat masuk PAN pun bertanding dalam PRU lepas guna deposit pilihan raya yang dibayar oleh PAS.

Bukan bayar sendiri. Baik deposit calon atau deposit bahan kempen semuanya dibayar oleh parti, " kata Azman yang dipetik dari Harakahdaily hari ini.

Dr. Azman turut mendakwa PAS Terengganu pernah membantu membuat bayaran deposit pilihan raya bagi calon biru muda dalam PRU 11 dan PRU 12 di Terengganu.

Beliau mempersoalkan kenapa selama ini tidak timbul dari mana PAS ambil duit? 

"Eh! Sekarang baru timbul, kalau bukan ambil duit dari UMNO dari mana PAS dapat duit nak bayar deposit? 

Masa masih bersama dalam Pakatan Rakyat dulu pun, PAS dah tolong bayar deposit untuk rakan PR! Takkan nak bayar untuk calon parti sendiri tak ada duit?" sindir beliau lagi.

Sementara itu Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata, strategi yang digunakan Pakatan Harapan  termasuk PAN  untuk mengaitkan PAS dengan UMNO lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidaklah perkara mengejutkan

Beliau yang dipetik daripada Antarapos berkata , strategi yang digunakan gabungan itu semata-mata untuk memastikan sokongan pengundi Melayu yang telah beralih daripada UMNO tidak memilih PAS pada PRU kali ini. 

Strateginya undi PAS bermaksud undi UMNO itu strategi yang mereka akan gunakan sampai ke akhir pilihan raya, kata Dr. Zuhdi.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com