Pembangkang Sengaja Bagi Rakyat Marah Isu Undi Hari Bekerja - Ahmad Bashah


ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada hari Rabu yakni hari bekerja bukanlah suatu yang 'aneh' dan mampu cetuskan 'perang dunia ketiga'.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sedangkan 'peristiwa' mengundi pada hari berkerja juga pernah beberapa kali berlaku ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, mengapa perkara yang tidak seharusnya menjadi isu tetapi dibangkitkan dan diperbesarkan oleh pembangkang? Jelas sekali menunjukkan pihak disana sengaja mahu menimbulkan kemarahan dan perspektif negatif dalam kalangan rakyat negara ini.

“Mahathir pun pernah lakukan ketika menjadi Perdana Menteri, hari mengundi pada Khamis (1982), Selasa (1995), Isnin (1999) dan selebihnya Sabtu atau Ahad. Ketika itu tidak pula beliau bantah kerana percaya dengan pengendalian SPR,” katanya memetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Muafakat Mesra Rakyat bersama Menteri Besar di Taman Bersatu, Kemunting, Jitra, semalam.

Agak menghairankan, sejak Mahathir berjinak-jinak menjadi pembangkang, tiba-tiba sahaja beliau mempersoalkan tentang integriti agensi sama yang mengendalikan proses pilihan raya dalam negara. Mengapa tidak dipersoalkan pada zamannya menjadi Perdana Menteri dahulu?

Sama sahaja seperti isu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dituduh sebagai dedak oleh Mahathir dan pembangkang, sebaliknya mereka sendiri yang menyenaraikan bantuan BR1M dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Sudah pasti SPR telah pertimbangkan sebaiknya sebelum ditetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja. Apa yang dibuat kerajaan atau agensi kerajaan sering diputar belit pembangkang untuk menimbulkan persepsi negatif,” katanya.

Namun begitu, rakyat kini tidak perlu gusar memikirkan tentang pelepasan oleh majikan, kerajaan telah membuktikan bahawa mereka mendengar rugutan rakyat setelah mengisytiharkan hari mengundi sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Manifesto yang disediakan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 kali ini juga menyaksikan semua rakyat tidak terkecuali daripada menerima manfaat kerajaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com