Pemasyhuran Sultanah Kedah Pada 30 April Ini


ALOR SETAR – Istiadat Pemasyhuran Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff akan dilangsungkan pada 30 April nanti bertempat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di Alor Setar.

Istiadat tersebut digambarkan sebagai sebahagian daripada acara awal yang diatur bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah, yang dijangka berlangsung pada 22 Okt akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din berkata, orang ramai yang berminat untuk menyaksikan istiadat boleh berbuat berkenaan melalui siaran langsung di saluran TV1 dan radio Kedah FM bermula jam 10.30 pagi.

“Warkah pemasyhuran berkenaan akan dibacakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das sebagai simbolik kepada istiadat tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, kelmarin, memetik Bernama.

Untuk pengetahuan, Sultanah Maliha, adalah merupakan kerabat diraja Kelantan, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan dikurniakan dua putera iaitu Datuk Tengku Sarafudin Badlishah dan Datuk Tunku Shazuddin Ariff.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com