Pemain Bola Palestin Ditembak Israel Di Lutut


SEORANG pemain bola Palestin, Mohammed Khalil, terpaksa melupakan kariernya dalam bidang bola sepak selepas lututnya ditembak oleh penembak curi tentera rejim Israel ketika dia menyertai protes secara aman di Gaza.

Mohammed Khalil merupakan pemain untuk kelab Al-Salah FC.

Video rakaman mengenai kejadian berkenaan telah dirakamkan menerusi telefon bimbit dan dimuatnaik oleh seorang wartawan di Gaza, Mohammed Kareem ke media sosial.

Ia semata-mata bagi menunjukkan kepada dunia betapa kejamnya Israel kerana orang yang berprotes secara aman juga ditembak.

Video itu menyaksikan bagaimana Mohammed Khalil yang sedang dalam berarak secara aman tiba-tiba rebah dan mengalami kesakitan. Rupa-rupanya dia telah ditembak di lutut..

“Pengganas yang rasis ini telah menamatkan karier bola sepaknya,’’ kata Mohammed Kareem yang mengunjungi Mohammed Khalil di rumahnya.

Menurut Mohammed Kareem, mangsa telah ditembak dengan sejenis bahan letupan dikenali sebagai `the butterfly’.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kesihatan, Dr. Basem Naim, memberitahu terdapat beribu-ribu kes seperti Mohammed Khalil.

“Lutut di kaki pertamanya hancur dan perlu dibedah sementara yang kedua akan mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh,’’ katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com