Pelihara Masjid, Surau Daripada Sentimen Politik Pecah Belah - Sultan Kedah


ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan rakyat di negeri ini agar memelihara masjid dan surau serta rumah ibadat agar  tidak dijadikan sebagai  pentas politik hingga boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Ingatan itu disampaikan berikutan pilihan raya umum ke -14 (PRU) yang dijangka berlansung tidak lama lagi selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, nasihat sultan itu disampaikan semasa beliau mengadap Tunku Sallehuddin di Istana Darulaman, di Kuala Lumpur semalam untuk memohon perkenaan membubarkan DUN Kedah.

Sementara itu pada sidang akhbar, Ahmad Bashah berkata walaupun pakatan pembangkang yang diterajui DAP bersetuju menggunakan simbol PKR pada PRU ini, PAS tetap mempunyai pengaruh dan pembangkang yang kuat.

Selama ini, parti yang bersaingan di Kedah ialah BN dan PAS dan sebab itu pada PRU13 PAS menang lebih banyak kerusi daripada PKR dan parti lain, kata Ahmad Bashah.

PRU14 ini adalah pertarungan BN/UMNO dengan PAS walaupun ada PKR dan dua parti baharu yang akan turut bersaing, kata Ahmad Bashah.

Namun begitu Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN negeri tidak memperkecilkan kemampuan parti pembangkang lain walaupun beliau yakin BN akan diberi semula mandat oleh rakyat berdasarkan pengalaman kerajaan mentadbir negara dan negeri sejak sekian lama.

Sementara itu ketika ditemui oleh pemberita di Alor Setar, Ahmad Bashah juga membayangkan beliau akan dikekalkan bertanding di DUN Suka Menanti (Bakar Bata).

Beliau percaya dengan sokongan rakyat dan usaha pemmipin kerajaan mendampingi mereka Suka Menanti akan dapat dipertahankan oleh beliau buat kali kelima pada PRU14. - kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com