Pelarian Rohingya Pertama Dihantar Pulang Ke Myanmar


YANGON - MYANMAR. Sebuah keluarga pelarian Rohingya dilaporkan dihantar pulang ke Myanmar semalam, menjadikan mereka yang pertama kembali ke negara itu sejak melarikan diri daripada kekejaman tentera pada Ogos lalu.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Jawatankuasa Maklumat Myanmar, lima sekeluarga dihantar ke khemah penempatan Taipingolemy di Rakhine awal pagi kelmarin.

Mereka kemudian diperiksa oleh pegawai migresen dan kesihatan, bantuan seperti beras, kelambu, selimut, pakaian dan perkakas dapur turut diberikan.

Kad Verifikasi Kebangsaan turut dikeluarkan kepada keluarga terbabit sebagai tanda dokumentasi.

Laman itu bagaimanapun tidak menyebut tentang kepulangan pelarian lain dalam masa terdekat.

Kepulangan tersebut berlaku di saat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi kemanusiaan antarabangsa menyuarakan kebimbangan terhadap kegagalan Myanmar menangani diskriminasi undang-undang dan isu penganiayaan ke atas etnik minoriti tersebut.

Bangladesh dan Myanmar sepatutnya memulakan proses penghantaran balik pelarian pada bulan Januari namun ia ditangguhkan akibat kekurangan persediaan.

Hampir 700,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan menetap di kem pelarian Bangladesh. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com