Pelancong China ‘Berak' Dalam Teksi


SEORANG wanita yang ‘lepas hajat’ dalam sebuah teksi di Bangkok pada Rabu, enggan membayar kos pembersihan, malah bertegas untuk dibawa ke destinasi yang dituju dalam keadaan kereta yang kotor.

Wanita berkenaan, seorang pelancong China dianggarkan berusia 30 tahun, dijemput di luar pusat beli-belah Terminal 21 dan meminta pemandu teksi, Surawat, membawanya ke Ratchadapisek Soi 7, lapor Sanook.

Semasa di dalam kereta, penumpang itu memberitahu pemandu bahawa dia perlu ke tandas tetapi lelaki itu tidak dapat singgah di mana-mana stesen minyak kerana ketika itu mereka sedang berada di Jalan Asoke Montri, salah satu kawasan paling sesak di bandar itu.

Disebabkan tidak tahan untuk membuang air besar, wanita itu pun ‘melepaskan hajat’ di lantai teksi.

Pada ketika itulah pemandu berkenaan meminta wanita tersebut membayar kekotoran yang dibuatnya.

Wanita itu bagaimanapun enggan membuat bayaran dan bertegas meminta pemandu meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Lelaki itu kemudian menghubungi polis yang datang ke tempat kejadian tetapi akhirnya memberitahu pemandu mereka tidak boleh bertindak kerana tidak ada undang-undang untuk kes ini yang boleh dianggap satu keadaan tidak sengaja di dalam kereta.

Wanita itu bagaimanapun terpaksa keluar dari teksi dan pemandu itu perlu membersihkan keretanya sendiri.

Dia yang sangat marah telah menghubungi stesen berita JS100 untuk memberitahu apa yang berlaku.

Surawat memberitahu mereka: “Saya telah menjadi pemandu teksi selama 14 tahun. Biasanya orang mengadu tentang teksi yang tidak mengambil penumpang. Tetapi sekarang anda lihat masalah yang pemandu teksi terpaksa hadapi.” 

Sumber – mstar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com