Pelakon Wanita Buka Baju Protes Diskriminasi


SEORANG pelakon filem di India dengan selamba telah melondehkan baju dan mendedahkan payu dara di depan khalayak ramai sebagai menyokong kempen ‘MeToo’ dalam industri filem tempatan.

Dia bagaimanapun menutup payu daranya dengan tangan.

MeToo adalah kempen bagi diskriminasi gender. Aktres tersebut, Sri Reddy yang berlakon dalam filem Telugu atau Tollywood, melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta di luar Majlis Filem Telugu di Hyderabad.

Tindakan tidak senonoh itu menyebabkan orang ramai dan jurugambar terkejut.

Sri Reddy berkata dia terpaksa melakukan protes itu selepas membuat mendakwa berlaku gangguan seksual oleh penerbit filem, namun dia tidak menamakan mereka.

Jelasnya, ramai penerbit dan pengarah meminta gambar dan video bogel daripada artis perempuan untuk mendapatkan peranan dalam filem mereka.

“Saya telah membuka baju. Tiada keluarga yang akan gembira dengan keadaan ini tetapi saya membuka semua baju dan saya berdiri di atas jalan di hadapan semua lelaki.


“Saya tidak memikirkan mengenai keluarga saya. Saya fikirkan gadis-gadis di sana. Kami terpaksa melakukan panggilan video bogel. Kami perlu merakamkan gambar payu dara dan alat sulit kami serta dihantar kepada mereka.

“Tidakkan anda berasa malu? Hero, bintang ternama, anda berlawan dalam filem dan kemudian anda hantar mesej (menuntut gambar bogel) seperti ini,’’ katanya yang turut cabar pihak berkuasa untuk menafikan dakwaannya itu.

Sri Reddy juga berkata, protes itu turut mensasarkan Pertubuhan Artis Filem kerana menafikan keanggotaannya dalam pertubuhan itu meskipun dia sudah berlakon dalam banyak filem di situ.

Dia juga menuntut gadis Telugu diberikan 75 peratus peranan dalam filem Tollywood . Sri Reddy bagaimanapun berdepan dengan tuduhan melakukan aksi lucah di khalayak ramai.   - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com