Pekida Kedah Sokong Sepenuhnya Kerajaan BN


ALOR SETAR - Majlis Ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Kedah menyatakan sokonganan penuh terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof berkata, pihaknya bersemangat dan beriltizam akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN Kedah yang kini berada di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurutnya, sejak Ahmad Bashah mengambil alih takuk kepimpinan dari Datuk Seri Mukhriz Mahathir, beliau dilihat banyak membawa pembaharuan dalam pembangunan kepada rakyat di negeri itu.

“Oleh itu saya berharap semua ahli Pekida terutamanya di Kedah memberi sokongan kepada beliau dalam meneruskan kepimpinannya serta memartabatkan Islam. Selain itu, Ahmad Bashah selama pemerintahannya juga berjaya mengukuhkan lagi hubungan muhibah dalam kalangan penduduk di negeri ini.

“Ini terbukti dengan kepimpinannya berjalan dengan baik dan tidak timbul masalah perkauman di negeri ini. Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepimpinan Ahmad Bashah perlu dicontohi kepada pemimpin pada masa akan datang,” katanya memetik Sinar.

Oleh demikian, Jamaludin turut berharap agar rakyat terus memberi keyakinan dan sokongan penuh kepada kerajaan sedia dan mandat oleh rakyat perludiberikan bagi merancakkan lagi pembangunan di negeri ini.

“Oleh itu, saya meminta semua ahli Pekida di negeri ini seramai 23,000 memberi sokongan kepada BN Kedah hari ini pada PRU nanti. Mereka perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan hari ini yang akan membawa hala tuju yang lebih cemerlang lagi,” katanya.

Beliau berharap, saranan itu dipatuhi semua ahli.

“Jika ada mereka yang cuba ingkar dengan arahan yang diberi, tindakan akan diambil. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com