Pekerja Wanita Di Tokyo Kena Kahwin, Hamil Ikut Giliran


TOKYO - Pekerja wanita di Jepun diberikan jadual bila mereka boleh berkahwin atau hamil.

Dailymail melaporkan, trend membimbangkan itu didedahkan selepas seorang suami kepada pekerja pusat asuhan kanak-kanak di wilayah Aichi yang mendakwa isterinya dibuli majikannya kerana hamil tidak mengikut giliran yang ditetapkan.

Lelaki tersebut membuat aduan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada akhbar Mainichi Shimbun pada bulan lalu.

“Selepas lapan bulan berkahwin, pada Januari lalu isteri saya mengandung.

“Pengarah di tempat kerjanya telah menetapkan giliran pekerja yang boleh berkahwin atau me­ngandung dan seseorang pekerja tidak boleh mengambil giliran sebelum pekerja senior,” kata lelaki itu.

Lelaki itu turut berkata, dia dan isterinya terpaksa bertemu dengan pengarah di pusat jagaan kanak-kanak terbabit untuk meminta maaf kerana tidak sengaja hamil.

“Pada awalnya, dia menerima permohonan maaf kami, namun keesokan harinya dia mula memarahi isteri saya dan menuduh­nya mementingkan diri sendiri ke­rana melanggar peraturan hingga menyebabkannya rasa bersalah,” katanya.

Susulan itu, berpuluh-puluh wanita tampil dengan kisah yang sama.

Seorang wanita berusia 26 tahun mendakwa dia perlu menunggu sehingga berusia 35 tahun untuk mengandung meskipun telah mengalami masalah kesuburan.

Sementara itu, wartawan pakar dalam kadar kelahiran rendah di Tokyo, Toko Shirakawa berkata, polisi itu biasanya dilaksanakan di mana majoriti kakitangan adalah wanita untuk memastikan rakan lain tidak berdepan bebanan kerja.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com