Pekebun Jadi Terkenal Wajah Mirip Donald Trump


SEORANG wanita di Sepanyol tidak disangka-sangka menjadi popular di media sosial selepas ramai mendapati wajahnya mirip dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Seorang wartawan yang membuat laporan mengenai perladangan di barat laut Sepanyol, memuat naik sekeping gambar Doroles Leis berpakaian seperti pekebun di Instagram.

Gambar tersebut kemudian mendapat ribuan maklum balas.

Malahan, wanita berusia 64 tahun itu diminta untuk memberi komen mengenai dasar AS dan isu-isu antarabangsa meskipun dia lebih bimbang terhadap wabak yang melanda tanaman kentangnya.

"Saya kata ia mesti disebabkan warna rambut," kata Leis kepada akhbar La Voz de Galicia pada Selasa.

Leis bagaimanapun mempunyai perbezaan yang ketara dengan Trump kerana dia tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak gemar berbual secara dalam talian. - AP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com