Pejabat Agama Islam Baling Siap Sedia Buru Kaki Ponteng Puasa


ALOR SETAR - Pejabat Agama Islam Baling bersiap sedia melaksanakan serbuan di beberapa kawasan tumpuan kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menurut Pegawai Agama Islam daerah Baling, Mohamad Naem Awang, beberapa kawasan tumpuan sekitar Baling telah dikenal pasti.

Tambahnya, mereka juga akan sentiasa melakukan pemantauan sepanjang bulan Ramadan.

“Dalam masa sama, kita juga sedang merancang menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah,” katanya memetik Sinar Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Surau Al- Mukhlisin dan Ceramah Israk & Mikraj di Sekolah Kebangsaan Seri Jemerli, di sini pada Ahad.

Katanya, sebagai umat Islam, seseorang itu tidak wajar mengabaikan perintah agama.

“Ia peraturan daripada ALLAH, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.

“Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,” ujarnya lagi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com