Patung Figura Star Wars Dijual RM387,048


OHIO – Dua patung figura watak terkenal filem sains fiksyen Star Wars yang sangat jarang ditemukan iaitu Darth Vader dan Obi-Wan Kenobi berjaya dijual pada harga lebih AS$100,000 (RM387,048).

Mail Online melaporkan, ke­dua-dua patung pahlawan Jedi yang diperbuat daripada plastik dihasilkan oleh pengeluar patung mainan Kenner pada 1978 iaitu setahun selepas filem pertama Star Wars ditayangkan.

Kedua-dua patung berkenaan dan juga patung figura watak terkenal Luke Skywalker dilengkapi pedang cahaya double telescoping pada tangan kanan mereka.

Pada asalnya senjata yang dipegang itu berupa jalur plastik tipis berwarna terang, tetapi Kenner kemudiannya mengubahnya kepada pedang bercahaya te­lescoping.

Tindakan itu menjadikan tidak banyak figura yang dilengkapi pedang bercahaya sedemikian sekali gus menjadi ia sukar ditemukan pada masa ini.

Bagaimanapun daripada tiga figura watak berkenaan,figura Luke Skywalker yang merupakan paling banyak dijual kerana ia adalah sebahagian daripada produk awal yang ditawarkan oleh Kenner.

Bagaimanapun, hanya ada sejumlah kecil figura Darth Vader dan Obi-Wan Kenobi dalam bungkusan asal dan satu daripadanya kini sudah dijual dalam jualan lelong di Amerika Syarikat (AS).

Figura Obi-Wan Kenobi dijual pada harga rekod dunia iaitu AS$65,000 (RM251,582) dan Darth Vader pula dijual dengan harga AS$55,000 (RM212,877).

Patung Darth Vader dan Obi-Wan Kenobi, masing-masing berukuran setinggi 10 senti­meter dan dimiliki oleh seorang pe­ngumpul, Russell Branton yang merupakan peminat tegar Star Wars.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com