PAS Tidak Akan Sokong Pakatan Harapan!


PERMATANG PAUH – PAS sama sekali tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Harapan dibarisi golongan-golongan penentang Islam.

“DAP awal-awal menentang pelaksanaan syariat dan menentang Islam.

“Mmenentang Rang Undang-undang 355 (RUU355), menentang pelaksanaan Islam di Kelantan, di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Himpunan Jentera PRU14 PAS Pulau Pinang di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

DAP akan bertanding menggunakan logo PKR tahun ini bertujuan mengaburi pengundi Melayu dalam PRU14.

Abdul Hadi berkata, DAP sering mengungkit tentang Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan perkara itu adalah hak umat Islam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com