PAS Terengganu Nak Saman Mahfuz


Calon PAN  Parlimen Poko Sena, Datuk Mahfuz  bakal menghadapi tindakan undang-undang daripada PAS Terengganu kerana didakwa memfitnah pemimpin PAS menerima RM1 juta.

Walaupun dakwaan itu telah dinafikan, namun Mahfuz masih belum memberi bukti atau menarik balik kenyataan liar itu.

PAS Terengganu juga mencabar Mahfuz membuat laporan polis dan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhannya itu.

Sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripadanya (Mahfuz), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Satiful Bahri Mamat pada sidang media semalam.

Katanya, tindakan undang-undang itu akan diambil selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei depan.

Bagaimanapun Mahfuz dalam satu  ceramahnya di Alor Setar meminta PAS perlu mengemukakan penyata bank bagi membersihkan nama parti itu daripada dakwaan menerima dana RM1.5 juta daripada UMNO.

PAS juga boleh menyaman pemilik akaun Facebook yang membuat tuduhan terhadap parti itu jika perkara tidak benar, kata Mahfuz lagi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com