PAS Tanya, Adakah Pemimpin PH Dilatih Makan Daging Manusia Yang Sudah Mati?


Adakah pemimpin Pakatan Harapan sememangnya dilatih untuk “makan daging manusia lain yang sudah mati” sebagaimana ibarat al-Quran?

Pertanyaan itu dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali, dipercayai merujuk kepada pemimpin Pakatan Harapan yang sering membuat fitnah kepada PAS.

Terbaharu, anggota Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Mahfuz Omar (ahli Parlimen Pokok Sena) mendedahkan tiga pemimpin PAS Terengganu menerima wang sebanyak RM1 juta daripada UMNO.

Dalam hal ini Dr. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS tidak pelik dengan langkah PH yang menolak Akta Anti Berita Tidak Benar yang dibawa ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun PAS menyokong usul yang dibawa oleh Barisan Nasional itu dan kemudian ia dilulukan oleh Parlimen dan akan dijadikan undang-undang baharu.

Menerusi satu kenyataan beliau semalam, Dr. Khairuddin juga mempersoalkan sama ada pemimpin seumpama itu boleh terus hidup berpolitik dengan mencipta fitnah dan pembohongan terhadap PAS.

Beliau mengingatkan, fitnah yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Harapan bakal menghancurkan negara  akan hancur sekiranya politik bersandarkan fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan.

Khairuddin berharap rakyat boleh menilai sendiri dengan fitnah dan pembohongan yang dibawa gabungan pembangkang yang diketuai DAP, lebih-lebih lagi di musim Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

“Barangkali perangai buruk itu mereka belajar dari bekas veteren pemimpin BN yang kini dijulang oleh mereka,” katanya.

'Perangai  buruk' yang dimaksudkan itu juga dipercayai merujuk pembohongan dan fitnah yang dibuat oleh Tun Dr.  Mahathir Mohamad ke atas PAS, kerajaan dan Perdana Menteri. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com