PAS Simpati Dengan Mahathir, Tapi Tak Akan Biarkan Dia Menang Di Langkawi


PAS tidak akan membiarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menang di Pulau Langkawi pada PRU14 ini walaupun merasa simpati dengan kudrat bekas perdana menteri yang kini berusia 93 tahun itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya akan meletakkan calon yang lebih muda dan bertenaga untuk melawan Dr. Mahathir dan Barisan Nasional di pulau bebas cukai itu pada 9 Mei depan.

"Patutnya dia Dr. Mahathir sebagai doktor,  kerja di Klinik 1Malaysia bagi rawatan percuma, buat kebajikan.

"Ini, suruh bertanding (dalam PRU), kesian dia," sindir Hadi dalam ucapannya yang disiarkan menerusi Facebook beliau dan turut dipertikan oleh Malaysaikini.

Pakatan pembangkang yang kini diketua  Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama DAP mempertaruhkan Dr. Mahathir sebagai calon yang paling tua dalam PRU14 ini.

Dr. Mahathir kini diperkudakan oleh PKR dan DAP dengan menggunakan tema  'Menyelamatkan Malaysia' sedangkan Dr. Mahathir dahulu disifatkan sebagai 'bapa pelingkup negara' oleh Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

Sementara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali pula sebelum ini menuduh Dr. Mahathir sebagai perampas kuasa raja-raja Melayu dan orang yang bertanggunjawab meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.

Kini pembangkang terutama pemimpin DAP dan PKR kembali menjulang Mahathir  bagi  menarik sokonan orang Melayu dan memecahkan undi orang - orang Melayu.

Usaha itu membolehkan  DAP mendapat kuasa politik walaupun penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan pembangkang sukar menang pada PRU14. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com