PAS Penghalang Mukhriz Untuk Bertapak Di Jerlun




Pada PRU14 ini Yang Dipertua PAS Jerlun, Abdul Ghani Ahmad akan bersemuka lagi dengan bekas ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahthir.

Mukhriz bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah partinya, PPBM dibubarkan sementara oleh Jababtan Pendaftaran Perubuhan (RoS).

Parlimen Jerlun disandang oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dan mungkin akan diberi tanggunjawab mempertahankan kerusi 'panas' yang menjadi rebut PAS dan PKR itu.

PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak mempunyai banyak keahlian atau pengaruh di kawasan Jerlun yang pengundinya kebanyakannya golongan pesawah.

Pertandingan di Jerlun sebenarnya antara BN dan PAS, bukannya dengan 'PKR' yang diwakili oleh Mukhriz.

Dalam persiangan tiga penjuru itu, PAS dijangka akan menjadi penghalang utama kepada Mukhriz untuk bertapak semula di kawasan itu.

Seperti juga UMNO, PAS Jerlun masih berpengaruh dan mempunyai cawangan walaupun lahir parti serpihannya PAN.

Mukhriz pula masih mengharapkan simpati penduduk kawasan itu kerana beliau pernah menjadi Menteri Besar dan ahli parlimen kawasan itu.

.Jika Mukhriz gagal menang kawasan itu, beliau seharusnnya menyalahkan PAS dan bukan UMNO atau BN yang hanya  mahu mempertahankan kerusi itu bagi meneruskan perkhidmatan kepada penduduk Jerlun.

Pada PRU 2008, Mukhriz yang mewakili BN menang dengan kelebihan undi sebanyak 2,205 undi menewaskan Abdul Ghani yang disokong oleh PKR dan DAP. 

Pada PRU 2103, Datuk Othman Aziz mengalahkan Datuk Dr. Ismail Salleh yang mewakili PAS dengan majoriti 3,270 undi. 

Dr. Ismail yang kini Pengerusi PAN Kedah menyedari partinya tiada sokongan penyokong PAS. Beliau terpaksa berhijrah untuk  bertanding di kerusi DUN Pengkalan Kundur dalam Parlimen Kuala Kedah.

Namun bagi penduduk Jerlun, mereka tahun siapa dan parti mana yang sentiasa memperdulikan nasib rakyat dan sepanjang masa berada di Jerlun. - Kedahnews.com.
- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com