PAS Pecat Anak Nik Aziz Jadi Calon Lawan Parti Sendiri


MUKTAMAD… PAS bertindak pecat serta-merta Nik Omar Nik Aziz yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka atas tiket PKR, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan dramatik itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan parti termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tegas beliau, tindakan Nik Omar tergamak bertanding atas tiket PKR dianggap sebagai jelas bertentangan dengan perlembagaan parti dan perjuangan bapanya, Mursyidul Am PAS sendiri, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Kita ambil keputusan pecat Nik Omar serta-merta sebaik saja dia bertanding dengan parti lain. Malah, tindakan menyertai pakatan pembangkang diketuai DAP itu tidak boleh diterima selain dianggap memalukan keluarganya.

“Kita tidak memalukan Nik Omar sebaliknya beliau sendiri memalukan diri dan keluarganya. Nik Omar membuat perkara yang hina pegangan politik dipegang ahli keluarganya sendiri,” katanya kepada media tempatan semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan Nik Omar berkenaan bukan sesuatu mengejutkan kerana sebelum ini memang sudah ada khabar angin bahawa anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu akan berbuat demikian.

“Namun, parti kita tidak terjejas sama sekali walaupun Nik Omar sanggup bertanding atas tiket PKR kerana dalam PAS selama ini, beliau (Nik Omar) bukan sesiapa sebaliknya hanya ahli biasa,” kata Takiyuddin lagi.

Nik Omar, 53, yang juga Pengetua Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka itu dipercayai menyertai serpihan PAS iaitu PAN secara rahsia namun tidak mendapat restu daripada ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Terdahulu, Nik Omar mengejutkan ramai apabila tampil di pusat penamaan calon di dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk bertanding di kerusi DUN Chempaka.

Nik Omar akan menentang penyandang kerusi berkenaan iaitu calon PAS, Mohamad Fathan Mahmood dan Mohamad Fareez Noor Amran wakil dari Barisan Nasional (BN).

Sumber – Agensi

1 comment:

  1. Dalam setandan kelapa ada juga buah yg rosak. Kita sebagai penyokong Pas sedar dan mallum bhw majoriti ahli IKRAM yg berada dlm Pas telah dicanai dgn perjuangan yg berbeza dgn perjuangan Pas. Kita dapat lihat watak2 ahli Ikram yg yg tidak baik dn tidak boleh djadikan contoh dan teladan. Contoh terbaru sikap dan watak mereka ialah seorang anak yg sanggup menderhakai ibu sendiri demi memenuhi kehendak pengaruh kawan2. Keluarga yg sangat dihormati dan disanjungi kerana berjuang menegakkan islam tiba2 terpancul seorang anak yg berpendidikan tinggi membakar segala kebaikan dari perjuangan ibubapa. Adakah orang seerti ini perlu menjadi ikutan ummah. Amat bertentangan sekali dgn prinsip perjuangan ummah untuk mengangkat syiar islam dicurah air supaya terpadam islam secara terang2an....

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com