PAS Kedah Kata Pakatan Pembangkang Pengacau Sebenar PRU14


ALOR SETAR – Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi mendakwa parti yang menjadi pengacau sebenar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah pakatan gabungan PKR bukannya parti bulan purnama seperti yang diperkatakan.

“Pakatan dakwa PAS sebagai pengacau kepada parti gabungan mereka dalam PRU14 ini, tetapi pengacau sebenarnya ialah Pakatan lah… hakikatnya parti PAS ini wujud lebih lama dalam arena politik Malaysia daripada mereka (Pakatan),” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu timbul tuduhan daripada tertentu yang mendakwa kononya PAS tidak lagi menjadi kubu kuat di kawasan tertentu.

Menjelaskan perkara itu, Ahmad Fakhruddin berkata apa yang berlaku dalam PAS merupakan strategi politik dan perang saraf untuk meremehkan sentuhan parti islam itu dalam kalangan rakyat.

“Kita (PAS) yakin dengan kemampuan parti dan rakyat lebih bijak menilai soal itu. Jadi tidak perlulah mereka mendabik dada serta memperkecilkan keupayaan PAS,” katanya dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fakhruddin berkata PAS Kedah akan menjalankan berkempen dan berpolitik secara matang dan sejahtera dengan memfokuskan kepada penerangan intipati manifesto PAS negeri dan pusat. - Kedahnews.com



#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com