PAS Kata Mahathir Pilih Langkawi Sebab Takut Kalah Di Kubang Pasu


ALOR SETAR – Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Parlimen Langkawi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan sebagai takut ditolak pengundi di Kubang Pasu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, kegusaran itu memaksa Mahathir memilih kawasan yang lebih selamat baginya dan terpaksa mengorbankan Kubang Pasu yang menjadi kawasan tradisi beliau yang ditandingi sejak 1974.

“Dia (Mahathir) memilih Langkawi kerana tidak yakin bertanding di Kubang Pasu, tempat dia sendiri. Apa-apa pun, itu hak dia, kita tidak mahu pertikai,” katanya ketika ditemui selepas program soal jawab ‘anda tanya PAS jawab’ di Guar Sanji di Arau malam semalam, petik Utusan

Selain itu, PAS turut menasihati rakyatagar bijak menilai tentang sikap bekas Pengerusi PPBM itu sebelum memilihnya pada pilihan raya nanti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengumuman Dr Mahathir untuk bertanding di Parlimen Langkawi sekali gus mungkin akan tersenarai sebagai calon tertua dalam PRU-14.

Pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu sememangnya sudah dijangka ekoran mahu mendapatkan laluan menjadi Perdana Menteri sementara sekiranya gabungan pembangkang PKR itu memenangi PRU-14.

Tambah Idris, tindakan Mahathir yang acap kali menyerang Pas dipercayai berpunca atas sifat dendam bekas Perdana Menteri itu selepas PAS enggan mengikut telunjuknya.

Jelasnya, Mahathir turut menyimpan rasa dendam selepas pernah tewas kepada calon parti itu dalam pilihan raya umum pada tahun 1969.

“Dia marah dengan Pas sebab dia tidak boleh membentuk Pas selain Pas tidak mengikut telunjuknya ketika semua parti lain dalam pembangkang tunduk.

“Seperti biasa, Dr. Mahathir ini tidak boleh orang sekat kemahuannya. Sifatnya, dia mesti capai kemahuan, siapa tidak ikut akan menjadi musuh,” katanya. - Kedahnews.com

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

#JomBN.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com