Parlimen Pokok Sena: Radhi Md Din Sudah 'Dahului' Mahfuz Omar?


Sama ada gentar atau tidak, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dipilih oleh Parti Amanah Negara (PAN) akan menghadapi tentangan hebat daripada penyokong PAS Pokok Sena. 

Berdasarkan respons positif penyokong PAS dan penyokong bekas kapten skuad bolasepak Kedah, Radhi Md Din sudah berjaya 'menewaskan' Mahfuz dalam.pertarungan antara kedua mereka.

Sebaik sahaja diumum oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Radhi akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Facebook milik Perhubungan PAS Kedah menerima lebih 1.2K 'like' dan 152 kongsian serta 117 komen sebagai tanda sokongan kepada Radhi yang juga bekas penolong jurulatih pasukan hijau kuning. 

Ramai pelayar FB memberikan tanda Up dan mengungkapkan Takbir di atas penghormatan PAS yang mencalonkan Radhi untuk mencabar Mahfuz.

Mahfuz yang baharu sahaja menyerta PAN diberi tanggungjawab oleh presiden parti itu Mohmad Sabu untuk mempertahankan kerusi Pokok Sena yang dimenanginya sebanyak tiga kali.

Namun bbegitu Mahfuz tentunya tidak gentar sama sekali dengan sokongan yang diterima oleh bekas pemain bolasepak kebangsaan itu.

Mahfuz tidak bimbang kerana beliau akan mendapat sokongan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan orang yang setia dengan bekas Perdana Menteri itu selain daripada penyokong PAN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP.

BN pula dijangka mendapat kelebihan daripada petembungan antara Pakatan Harapan (Mahfuz) dan PAS (Radhi) di samping penolakan penduduk kawasan itu terhadap Mahfuz. Walaupun Pokok Sena dimenangi awah pembangkng, UMNO/BN lebih banyak berkhidmat kepada penduduk, mendekati mereka dengan memberikan bantuan dan keperluan pada sepanjang masa.

Sebelum ini Mahfuz yang pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Pemuda PAS Pusat menyatakan 'tidak kisah' jika beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding di kawasan parlimen yang menjadi rebutan antara BN dan PAS itu.

Malah sebelum meninggalkan PAS, Mahfuz pernah berkata dia akan sujud syukur jika PAS tidak memilihnya lagi.-

Selain Radhi, bekas pemain bolasepak kebangsaan lain yang pernah bertanding dalam PRU ialah pemain pertahanan Soh Chin Aun (MCA/BN) yang menentang calon DAP Lim Guan Eng di Parlimen Kota Melaka, tetapi kalah.

Seorang lagi legenda bolasepak negara yang sepasukan dengan Chin Aun ialah Datuk Jamal Nasir Ismail, bekas jurulatih dan pengurus pasukan Pahang yang bertanding atas tiket BN dan menang DUN Beserah selama satu penggal . -  Kedahnews.com    


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com