Parlimen Bubar Bukan Minggu Ini, Tapi Rabu Depan?


KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka akan membubarkan Parlimen pada Rabu, 11 April bukannya hujung minggu ini seperti khabar angin yang bertiup.

Menurut sumber, Parlimen akan dibubarkan selepas BN melancarkan manifestonya yang dijadualkan pada 7 April ini.

“Pada 7 April, Perdana Menteri akan umumkan manifesto BN dan dijangka pada masa sama akan lancar kempen tanda pagar #hebatkannegara,” katanya.

Sebelum ini, desas desus mendakwa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat, 6 April setelah selesai perbahasan Dewan Rakyat.

Khabar angin ini mengubah tradisi BN sebelum ini yang membubarkan Parlimen terlebih dahulu sebelum melancarkan manifesto.

Tradisinya, selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 24 Jun 2018.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com