PAN Marah PAS Sokong RUU Antiberita Tidak Benar?


ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (PAN) terus menuduh PAS kini bersekutu dengan UMNO gara-gara parti itu memberi sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar yang lulus di Dewan Rakyat, semalam.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil berkata, tindakan PAS menyokong RUU berkenaan menunjukkan parti itu bukan saja bersama dengan UMNO, malah menuduh bekas partinya itu mahu menjadi "king maker".

"Sikap PAS yang menyokong undang-undang ini menunjukkan bahawa mereka juga sudah bersekongkol dengan UMNO...

"Ini menunjukkan sikap sebenar PAS sebagai ‘king maker’ untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN)semasa dan selepas PRU Ke-14 ini," tuduh Faiz yang juga merupakan anak kepada bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Noor.

RUU Antiberita Tidak Benar semalam diluluskan Dewan Rakyat dan wakil-wakil rakyat PAS turut memberi undi sokongan terhadap RUU tersebut.

Pakatan Harapan sebelum ini membantah RUU berkenaan yang digubal bagi membendung masalah awam berkaitan berita tidak benar yang semakin menjadi-jadi di negara ini, khususnya di internet.

Ekoran daripada berita tidak benar yang kemudian tersebar meluas telah menyebabkan semakin ramai masyarakat di negara ini terkeliru daripada maklumat sebenar dan mengikut etika berita yang tepat. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com