PAN Khianati Dr. Mahathir, Letak Calon Tanding Di DUN Alor Mengkudu


Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) memindahkan Naib Pengerusi Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi daripada kerusi yang disandangnnya di DUN Pengkalan Kundur ke DUN Alor Mengkudu 'disambut' oleh PAS.

Bagaimanapun kehadiran Phahrolrazi yang kini berada dalam kem DAP itu ialah bukanlah satu jaminan kepada PAS untuk  mempertahankan kerusi Alor Mengkudu pada PRU14 ini.

Ramai yang melihat kedatangan bekas Exco PAS ke Alor Mengkudu itu seperti  'keluar dari kandang harimau tetapi  masuk  pula ke mulut buaya.'

Bagi penyokong PAS Alor Mengkudu, mereka masih ingat 'pengkhianatan' Phahrolrazi terhadap PAS dan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak apabila menubuhkan NGO poloitik. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)sebelum lahirnya PAN.

Ingatkan kehadiran PAN ke Alor Mengkudu akan disambut penyokong parti sekutunya yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi berlaku sebaliknya, mereka bangkit 'memberontak'.   

Penyokong parti yang berlogo Bunga Raya yang digantung sementara itu menyambut kedatangan Phahrolrazi dengan menutup semua 15 pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan Alor Mengkudu.

Kesemua 15 ketua PDM itu juga 'kembali menyarung' jersi Barisan Nasional bersama ribuan lagi ahli parti dan penyokong Dr. Mahathir itu.

Mereka mendakwa PAN telah merampas DUN Alor Mengkudu dan mengkhianati  perjanjian awal setelah hampir dua tahun 'parti bunga' bekerja keras a mengumpul keahlian dan membuat persiapan untuk meletakkan calon mereka.

Bekas penyokong ' Bunga" itu mereka menyifatkan Phahrolrazi adalah orang luar dan tidak dikenali tidak pernah berkhidmat penduduk Alor Mengkudu. 

Keadaan itu meletakkan kerusi DUN Alor Mengkudu yang dimenangi oleh PAS dengan sokongan  PKR dan DAP selama dua penggal pada PRU13 kini kembali 'panas' dan kemungkinan bertukar kepada warna kepada 'biru gelap' pada 9 Mei ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com