Pakej Romantik Memukau, Memang Gempak Raikan Cinta Di Puncak Angkasa


APABILA sebut makan malam romantis, anda pasti terbayangkan ia candle light dinner seperti yang kerap dipaparkan di televisyen.

Kedengaran klise bukan? Haaa, apa kata anda cuba sesuatu yang baharu dengan meraikan cinta bersama pasangan sambil mengimbas saat-saat romantis di ‘puncak angkasa’.

Sambil menikmati suasana malam berlatarbelakangkan gemerlapan cahaya lampu bandaraya Kuala Lumpur, ia mungkin akan meninggalkan memori teridnah dalam diari anda.

Apa yang ditawarkan Winplanningplanner anda boleh menzahirkan ulang tahun penuh romantis itu di kondominum Setia Sky Residence, Kuala Lumpur yang disediakan bagi memberi keterujaan untuk anda meraikan cinta bersama orang tersayang.


Menerusi pakej yang bermula pada harga RM300 ++, anda bukan sahaja dapat menikmati makan malam dari balkoni sambil melihat pemandangan kota raya, malah boleh menginap selama dua hari satu malam di kondominium ini.

Selain berbulan madu, pakej ini juga sesuai untuk pasangan yang mahu meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan, mengadakan majlis hari lahir dan sebagainya.

Namun, harus diingat, ia bukanlah khusus untuk pasangan sahaja malah ia juga sesuai untuk majlis keraian bersama ahli keluarga.

Mereka yang mengambil pakej ini turut mempunyai akses untuk menggunakan gim, kolam renang serta pelbagai kemudahan lain yang disediakan pihak pengurusan kondominium.




Penulis yang berkunjung ke sana baru-baru ini sempat menikmati pengalaman makan malam yang pastinya tidak akan dilupakan.

Bukan sahaja hidangan Barat yang disediakan sangat enak, malah dekorasi di seluruh rumah dan balkoni begitu memukau.

Taburan kelopak bunga mawar di atas katil tentu sekali menambahkan aura kasih sayang suami-isteri bagaikan mahu menempuh malam pertama.

Dekorasi yang ditinjolkan dalam rumah ini mengenakan konsep moden, ringkas namun masih ada rasa mewah dan glamor.

Tatkala meninjau seluruh rumah, apa yang paling menarik perhatian adalah kamar beradu.

Pernahkah anda terfikir untuk tidur sambil melihat pemandangan suasana malam Kuala Lumpur menerusi dinding kaca? Haa, menarik kan?

Pemandangan yang dapat dilihat dari bilik tidur itu juga bukanlah biasa-biasa sepertimana anda melihat Kuala Lumpur saban hari, ini kerana ia terletak di tingkat 31. Panoramanya sangat memukau dan luas mata memandang.

Beralih ke acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu makan malam di balkoni, dari ruang tamu penulis sudah dapat menghidu keenakan lamb chop yang disediakan.

Suasananya begitu indah, memukau dan sebetulnya, tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Bagi sesiapa yang membawa pasangan mereka menikmati makan malam berkenaan, ia pastinya mengukir memori indah yang sukar dilupakan.

Sepanjang menikmati hidangan, tetamu akan terpaku melihat panorama bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dari balkoni.

Kawasan meja makan di balkoni misalnya turut dihias dengan bunga-bungaan, belon, lilin dan pelbagai dekorasi menarik dan sememangnya ‘Instagram worthy’.

Iyalah, orang muda zaman sekarang suka memuat naik foto di laman Instagram. Lokasi ini sememangnya sangat cantik untuk dirakam dalam bentuk foto dan pastinya membuat pengikut anda di laman sosial berasa cemburu.

Bagi penulis, suasananya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, semuanya begitu indah bagaikan impian menjadi nyata.

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman serupa, bolehlah berkunjung ke laman Instagram w.pl.pl ataupun e-mail sahaja ke winplanningplanner@gmail.com

Alamat: Blok D-31-8, Setia Sky Residence, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com