Pakatan Harapan Tetap Guna Satu Logo Pada PRU14


Walaupun DAP belum membuat keputusan, parti - parti dalam Pakatan Harapan (PH) bersetuju akan menggunakan satu logo parti sahaja dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifudin Nasution Ismail berkata, parti dalam gabungan telah bersepakat tentang perkara itu dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

"Inilah kali pertama dalam sejarah politik  negara ini pakatan pembangkang menggunakan satu logo yang sama sejak pililhan raya pertama, " katanya berucap di Majlis Jelajah Pakatan Harapan di Serdang, Kedah malam tadi.

Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula menyataka gembira sekiranya PH memutuskan untuk menggunakan logo mereka pada PRU-14 kelak.

Bagaimanapun perkara itu akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden PH minggu depan, kata Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PH pada media selepas mengumumkan calon muda PKR pada PRU-14 ini di Kuala Lumpur malam tadi.

Sebelum ini Saifuddin ketika berceramah di Melaka menyebut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) telah mencapai kata sepakat untuk menggunakan logo (PKR).

Kenyataan itu juga mengesahkan bahawa DAP merupakan penghalang utama terhadap idea Pakatan Harapan (PH) menggunakan satu logo bagi menghadapi PRU 14.

Ini juga mengesahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak dapat meluluskan pendaftaran PH sebagai satu parti rasmi yang meggunakan satu logo.

DAP sehingga ini masih mentup mulut tentang penggunaan satu logo parti rasmi untuk digunakan walaupun pada mulanya tidak membantah  semasa ia mula diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu Saifuddin dalam ucapannya berkata serangan ke atas Dr. Mahathir Mohamad oleh UMNO agak keterluan sedangkan bekas perdana menteri itu berjasa besar kepada negara.

Namun demikian Dr. Mahathir juga lebih kerap menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk yang terbaru  menuduh Najib tidak lagi 'menyembah tuhan.' - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com