Pakatan Harapan Sik Bergolak Leman Tak Lekat Calon?


ALOR SETAR - Kecoh diperkatakan tentang kisah tentang calon Parti Amanah Negara (PAN) bagi merebut Parlimen Sik apabila difahamkan individu yang dicalonkan kepimpinan PAN Kedah dan Pusat itu dibantah keras oleh kepimpinan PAN kawasan berkenaan.

Memetik laporan sebuah portal berita pro-Pakatan Harapan, kepimpinan atasan PAN telah memutuskan untuk memilih seorang individu yang asalnya merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru "lompat" menyertai PAN.

Keputusan tersebut juga sekaligus menyaksikan Ketua PAN Sik, Sulaiman Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai "Leman Raja Lawak" tidak dicalonkan untuk merebut kerusi di parlimen tersebut.

Tidak memaklumkan tentang identiti individu yang dicalonkan untuk merebut kerusi P.013 itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAN Sik difahamkan telah membantah keras dan memprotes pemilihan bekas ahli PPBM itu.


Menurut laporan portal itu lagi, Leman kononnya tidak kisah dan sanggup akur kepada keputusan pucuk pimpinan, namun pencalonan bekas ahli PPBM yang dianggap "calon terbang" itu kononnya telah mencetus ketidakpuasan hati ramai.

Difahamkan satu sidang media khas telah berlangsung sebentar tadi bagi mengulas mengenai isu ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com