Pakatan Harapan Kedah Baru Nak Tawar, Kerajaan BN Kedah Telah Pun Laksana


Kebayakan tawaran Pakatan Harapan kepada rakyat Kedah menerusi manifestonya pada piiihan raya umum ke -14 telah pun dilaksana dan sedang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ini termasuk dalam melengakap kemudahan asas seperti bekalan air  dan perumahan rakyat.

Janji untuk  mengatasi  masalah gangguan air dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang memerintah di negeri ini seperti 'pukul anak sindir menantu' kerana krisis air di Selangor di bawah pimpinan pakatan masih tiada kesudahan.

Baru-baru ini Perdana Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke Kedah termasuk Pulau Langkawi telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf dan menangani masalah bekalan air.

Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz begitu cepat mempersendakan peruntukan itu dengan menganggapnya 'dedak dan janji kosong' kepada rakyat menjelang pilihan raya.

Pakatan Harapan Kedah baharu menggariskannya dalam manisfesto mereka sedangan kerajaan Persekutuan telahpun melulus dan melaksanakannya.

Dua hari lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kementeriannya meluluskan peruntukan berjumlah RM547.9 juta untuk melaksanakan 127 projek pembangunan luar bandar di negeri ini sejak 2016 hingga kini.

Antara projek yang mendapat peruntukan terbesar adalah meningkatkan kemudahan jalan luar bandar membabitkan lima projek melibatkan kos sebanyak RM135 juta selain tujuh projek bekalan air luar bandar dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM50.7 juta.

Sementara itu Najib semasa melawat Langkawi menyatakan Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan peruntukan RM600 juta untuk pembinaan Off-River Storage (ORS) Padang Matsirat, yang mampu mengatasi masalah kekurangan air di Langkawi sehingga 2040.

Projek itu  antara yang diluluskan dalam peruntukkan RM1.3 bilion bagi menambahkan kemdahan asas di Langkawi seperti pembesaran hospital dan perumahan kakitangan awam. 

Perdana Menteri Mac lalu turut mengumumkan peruntukan RM222 juta bagi meningkatkan kualiti bekalan air terawat di beberapa kawasan dalam Parlimen Merbok.

Kedah telah membuat pinjaman RM1 bilion daripada kerajaan Pusat, iatiu pinjaman kedua selepas selepas RM1.2 bilion bagi menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA).

Walaupun gabungan pembangkang PKR menyedari sukar untuk merealisasikan janji yang dibuat itu dalam tempoh 100 hari namun demi menjadi populis, tawaran itu terpaksa dibuat kepada rakyat di negeri ini untuk meraih simpati pengundi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Mukhriz pernah menjadi Menteri Besar Kedah selama dua tahun setengah pun tidak boleh selesai masalah air, tetapi kerana hendak popular mereka berjanji untuk selesaikan dalam 100 hari.

Semalam Mukhriz melancarkan manifesto pakatan untuk Kedah yang menggariskan 10 teras utama di Bukit Jenun, Pendang.

Majlis itu dihadiri sekitar 300 orang penduduk termasuk pemimpin PKR, PAN dan DAP peringkat  negeri serta calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri di Pendang. 

Malam tadi juga BN Kedah juga melancarkan manifesto bagi PRU14 bertemakan ‘Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ yang mengandungi tujuh kluster khusus bernilai RM65.3 bilion untuk rakyat Kedah.

Program itu (foto di atas) dilancarkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dihadiri lebih 5,000 pemimpin dan ahli UMNO Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar. - Kedahnews.com.

#JomBN 
#BersamaBN 
#DahulukanRakyat 
#HebatkanNegaraku
#UndiBN 
#ManifestoBN 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com