Pakatan Hanya Mampu Bagi 'Dedak' Cuti 2 Hari Jika Menang PRU14


ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (PAN) terus-terusan mendesak Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mengumumkan cuti tambahan sebanyak dua hari pada 10 dan 11 Mei 2018 sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Husam Musa berkata, Mahathir patut membuat pengumuman itu sebagai 'cabaran' setelah Kerajaan Persekutuan telah pun mengumumkan 9 Mei 2018 iaitu hari mengundi PRU-14 sebagai cuti umum.


“Mahathir sebagai bakal PM (sementara) ditakdirkan Pakatan Harapan memenangi Putrajaya, boleh mengumumkan cuti tambahan dua hari lagi iaitu 10 dan 11 Mei : Khamis dan Jumaat sebagai hari cuti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Agak menggelikan hati tatkala Pakatan Harapan hanya mampu menabur janji dan 'dedak' memberi cuti dua hari jika menang pada PRU14, apakah gara-gara dedak cuti itu sahaja rakyat sanggup menggadaikan maruah negara?

Persoalannya, apakah mereka cukup pasti rakyat akan memberi undi kepada mereka dan membuang harga diri masing-masing hanya kerana mahukan 'dedak' cuti dua hari itu?

Perkara itu sama sahaja seperti Pakatan Harapan menghina rakyat yang 'ketagihan cuti' seumpama setakat itu sahaja harga pendirian rakyat yang dilihat sebagai mampu dibeli dengan bayaran 'dedak cuti'.

Apakah hanya kerana kemahuan 'dedak cuti' maruah kita untuk memilih pemimpin yang berkelayakan dan berkaliber dibuang begitu saja? Kita mahukan pemimpin yang tahu melakukan tugasnya bukan sekadar tahu memberi 'dedak' cuti sahaja. - Kedahnews.com

#DedakHarapan
#DedakCuti
#Dedak
#Harapan
#Cuti

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com