Pakar Bedah Guna Budi Bahasa Dekati Pengundi, Bukan Politik Fitnah


ALOR SETAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang, Dr. Muhammad Nawar Ariffin tidak akan menggunakan gelaran serta pangkat yang ada untuk meraih sokongan pengundi di kawasan tersebut.

Baginya gelaran Pakar Bedah dan Perunding Ortopedik kanak-kanak di sebuah pusat perubatan terkemuka adalah tugasnya yang perlu dilaksanakan.

Sebaliknya, anak jati Derang, Pokok Sena yang berusia 42 tahun itu akan mendekati pe­ngundi dengan mengamalkan kempen berbudi bahasa untuk menyentuh hati pengundi di DUN berkenaan.

Jelas Muhammad Na­war, beliau sedar pengundi di DUN Bukit Pinang mahukan pemimpin yang mesra dan boleh bergaul dengan setiap peringkat lapisan rakyat tanpa sebarang batasan.

“Saya mengamalkan kempen berbudi bahasa, curah bakti tak minta dibalas, itu tagline yang dibawa sejak dahulu sepanjang saya berada di Bukit Pinang.

“Saya tidak mahu berkempen dengan cara politik fitnah dan sentimen sebaliknya saya gunakan konsep silaturahim agar lebih dekat dengan pe­ngundi DUN Bukit Pinang,” k­atanya memetik Utusan Online.

Walaupun menyedari bahawa kawasan DUN Bukit Pinang sebagai kubu kuat bagi Pas, namun tidak mustahil baginya sokongan pengundi akan beralih arah kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tambahnya yang mempunyai lima anak itu, dia akan bertemu para pengundi di kawasan itu pada setiap waktu solat di masjid-masjid berdekatan bagi senang untuk bertemu penduduk.

“Selain itu terdapat juga program-program menarik yang akan diatur untuk saya mendekatkan diri dengan pe­ngundi antaranya program pemberian cermin mata percuma, kempen dari rumah ke rumah dan lain-lain,” ujarnya memetik sumber tersebut. - Kedahnews.com

#UndiBN
#BersamaBN
#KekalBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com