Pak Nil Tak Minat Ceburi Politik


Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi mengakui tidak berminat terjun dalam bidang politik.

Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil berkata, dia lebih selesa dengan kerjayanya sebagai anak seni dan perkara itu memberi kepuasan pada dirinya.

“Saya tidak berminat masuk politik. Saya lebih senang begini, buat kerja-kerja sendiri tanpa melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

“Sejujurnya saya tidak pernah terdetik ke arah itu kerana saya selesa dengan kerjaya seni selama ini.

“Saya percaya jika saya ceburi dunia politik, pasti ada yang menggemari dan tidak dengan tindakan saya ini.

“Jadi biarlah saya hidup sebagai seorang anak seni yang pastinya akan disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan perkara itu ternyata akan mengembirakan diri saya,” katanya petik Gempak ketika ditemui pada misi kedua Yayasan Persona di Restoran Sate Kajang, baru-baru ini.

Sumber: SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com