Padah Kongsi Gambar Raja Pakai Topeng Di Facebook


Bangkok: Seorang editor sebuah majalah di Thailand mungkin berdepan dakwaan jenayah kerana berkongsi gambar tiga patung raja memakai topeng muka di Facebook bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran udara di bandar Chiang Mai.

Gabenor Chiang Mai, Pawin Chamniprasart berkata, dia percaya editor majalah Chiang Mai Citylife, Pim Kemasingki melanggar Akta Jenayah Komputer dengan berkongsi gambar yang dirakam seorang pelajar itu.

“Kini terpulang kepada polis untuk mengumpul bukti,” katanya.

Dalam suratnya kepada polis, Pawin memberitahu, raja dipuja dan sangat dihormati di Chiang Mai, dan berkongsi gambar patung tiga raja memakai topeng itu adalah satu penghinaan.

Sementara itu, Pim memberitahu, imej tiga patung raja memakai topeng itu dikongsi di satu laman yang memperjuangkan ‘hak untuk bernafas’ dan memberi kesedaran mengenai pencemaran udara di Chiang Mai.

Laman itu kemudian ditutup atas permintaan gabenor.

“Saya berkongsi gambar ini kerana beranggapan ia memberi makna yang besar.

“Selama berpuluh tahun saya mempromosikan bandar ini dan saya sangat sukakannya.

“Namun, ia sangat mengejutkan apabila saya berjuang untuk udara yang bersih bagi penduduk ia menjadi sesuatu yang mencemari nama baik bandar ini,” katanya.

Sumber - Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com