Padah Curi Besi, Lelaki Diikat Pada Tiang Elektrik


MIRI - Tindakan seorang lelaki mencuri besi membawa padah apabila perbuatannya itu berjaya dihidu sebelum dia ditangkap dan diikat pada tiang elektrik di sebuah tapak pembinaan rumah di Senadin di sini semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 28 tahun tersebut didapati menceroboh masuk ke tapak pembinaan pada pukul 8 pagi.

"Bagaimanapun, perbuatannya disedari pekerja tapak pembinaan yang kemudian bertindak menangkapnya.

"Selepas ditangkap, pekerja tapak binaan itu  bertindak mengikat suspek pada tiang elektrik bagi mengelak dia melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah sumber, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.  

Sumber - Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com