Othman, Abu Hasan 'Bersama' PAS Akan 'Kuburkan' Mukhriz Di Jerlun?



Parlimen Jerlun tidak mungkin lagi selamat bagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada pilihan raya umum ke-14 apabila Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan Datuk Othman Aziz untuk mempertahankan kawasan itu.

Tindakan BN menukar tempat Datuk Abu Hasan Sarif  yang menyandang kerusi DUN Kota Siputeh ke DUN Ayer Hitam juga akan menamatkan 'legasi' Mukhriz dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) daripada bertapak di Jerlun.

Mukhriz menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selepas PRU12 dan menang DUN Ayer Hitam pada PRU13 atas tiket BN.

Pada PRU14, DUN Kota Siputeh akan diisi oleh muka baharu BN, iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah. 

Beliau akan dicabar oleh calon Parti Amanah Negara (PAN), Dr Salmee Said dan calon PAS.

Kerusi DUN Ayer Hitam yang tidak lagi dipertahankan Mukhriz, diganti dengan calon PPBM, Datuk A Aziz Mohamad.

Selain berdepan BN, usaha Mukhriz untuk menawan Jerlun akan turut dihalang oleh Yang Dipertua PAS Jerlun, Abdul Ghani Ahmad.  Calon PAS itu turut bertanding di DUN Ayer Hitam.  

Pada PRU12, Mukhriz yang mewakili BN menang kerusi Parlimen Jerlun,  menewaskan Abdul Ghani dengan majoriti 2,205 undi.

Bagaimanapun kemenangan Mukhriz itu adalah kekuatan BN dan dibantu oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut berkempen bagi memastikan kemenangan anaknya. 

Selain Jerlun, Mukhriz juga akan bertanding di DUN Jitra dalam Parlimen Kubang Pasu.

Keputusan Mukhriz bertanding dua kawasan serentak memperlihatkan parti  PPBM tidak dapat menyediakan calon yang berwibawa.

PPBM beranding 14 darikada 36 kerusi DUN sedangkan  sekutunya PKR dan PAN masing-masing bertanding 10 .kerusi sahaja. Dua kerusi DUN lagi di Kedah diperuntukkan kepada DAP.

Ramai yang meramalkan  Parlimen Jerlun akan menjadi 'kubur' Mukhriz pada PRU kali ini.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika mengulas perkara itu berkata, selain kekuatan BN, pertandingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan PAS akan memberi kelebihan kepada BN.

Ahmad Bashah juga tidak menolak kemungkinan majoriti yang akan dimenangi oleh calon BN di sesetengah kawasan akan menjadi lebih tinggi daripada PRU13. - Kedahnews.com.


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com