Othman Abdul Mahu Rancakkan Pembangunan, Ekonomi Rakyat Pendang


ALOR SETAR - Penyandang Anggota Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul dari parti Barisan Nasional tidak mahu penduduk di kawasan Pendang terus tercicir dalam arus pembangunan dan ekonomi negara yang kian membangun.

Susulan itu, mandat rakyat amatlah memberi makna besar kepadanya agar beliau dapat terus memastikan kawasan Parlimen Pendang terus kekal di bawah pemerintahan BN agar kelangsungan pembangunan dan kerancakan ekonomi di kawasan situ berjalan lancar.

“Kita dah buat kerja dah lama dah sejak memenangi PRU ke-13 lalu dengan turun ke bawah dan melihat kepayahan rakyat untuk kita bantu dan ini akan diteruskan,” katanya.

Itu merupakan janji Othman kepada seluruh penduduk di Pendang selain mahu membawa pembangunan yang mampu membawa penduduk kepada kehidupan yang lebih terjamin.

Pada PRU ke-13 (2008), kerusi Parlimen Pendang dimenangi Datuk Othman Abdul (BN), menewaskan Mohd Sabu (PAS) ketika itu dengan majoriti 2,638, manakala Datuk Suraya Yaacob menewaskan Fadzil Baharum (PAS) dengan majoriti 9,994 bagi DUN Sungai Tiang, namun calon BN, Najmuddin Darus tewas kepada Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS) dengan majoriti 5,833 undi di DUN Tokai. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com