Orang Minyak: Perbuatan Mensyirikkan ALLAH


KOTA BHARU - Orang minyak yang didakwa mengganggu penduduk di Kampung Pengkalan Demit, sejak sebulan lalu dipercayai manusia yang bersekongkol dengan iblis.

Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, manusia seperti ini hukumnya Syirik kepada ALLAH kerana menyekutukan Nya untuk mencapai sesuatu yang dihajati selain daripada memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Apabila manusia berkehendakkan sesuatu yang hajat dengan jalan mudah dan salah, mereka menggunakan jin dan iblis untuk mendapatkan apa-apa yang diingini.

“Berlaku perjanjian antara mereka iaitu manusia menggunakan jin dan iblis serta begitu juga sebaliknya apabila jin dan iblis itu pula akan menggunakan manusia untuk berbuat perkara di luar syariat mengikut perjanjian-perjanjian yang sudah dimeterai antara mereka. Berlaku imbalan dalam perjanjian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com