Norza Menang Tanpa Bertanding


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menang jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas pencalonan Ahli Lembaga Eksekutif organisasi yang memayungi persatuan sukan kebangsaan bagi penggal 2018-2021 ditutup, petang semalam. 

Seperti diramalkan tiada individu lain dicalonkan persatuan sukan kebangsaan sekali gus membolehkan  Norza yang juga Timbalan Presiden MOM dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil alih pucuk kepimpinan daripada Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.   

Peralihan jawatan berkenaan akan berlangsung secara rasmi pada mesyuarat agung dan pemilihan MOM yang dijadualkan 5 Mei ini.   

Tumpuan pemilihan bakal tertumpu kepada jawatan timbalan presiden apabila naib presiden merangkap Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan ditentang Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Azim Mohd Zabidi.   

Jawatan setiausaha agung yang disandang Datuk Low Beng Choo pula bakal dicabar naib presiden, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.  

Selain itu lapan calon akan bertanding merebut lima jawatan naib presiden.   

Senarai pencalonan berkenaan diumumkan Pengerusi Panel Pemililihan MOM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamad Yunoos pada sidang media semalam.

SENARAI PENCALONAN PEMEGANG JAWATAN DAN AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM) BAGI PENGGAL 2018-2021

PRESIDEN: 

1) DATUK SERI MOHAMAD NORZA ZAKARIA (*)

TIMBALAN PRESIDEN (1 JAWATAN):

1) DATUK MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN

2)DATUK SERI AZIM MOHD ZABIDI

NAIB PRESIDEN (5 JAWATAN):

1) DATUK DR ZAKARIA AHMAD

2) DATUK PADUKA MUMTAZ BEGUM ABDUL JAFFAR

3) DATUK ONG POH ENG

4) DATUK NUR AZMI AHMAD

5) MAHINDA VALLIPURAM

6) TAN SRI MOHAMAD NOOR ABDUL RAHIM

7) DATUK SHAMALA SUBRAMANIAM

8) DATUK MOHAMAD TAUFIK OMAR

9) NIK RAZEEN ADAM DAUD

SETIAUSAHA AGUNG (1 JAWATAN):

1) DATUK LOW BENG CHOO

2) DATUK MOHD NAFIZUDDIN MOHD NAJIB

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG LELAKI:

1) CHAN FOONG KEONG (*)

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG WANITA:

1) MOIRA TAN SIEW SEE (*)

BENDAHARI:

1) AHMAD FEISAL AHMAD TAJUDDIN (*)

PENOLONG BENDAHARI:

1) DATUK AMARJIT SINGH GILL

2) DATUK CHONG KIM FATT

*MENANG TANPA BERTANDING

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com