Ngeri! Hampir Seluruh Tubuh Lelaki Ini Dipenuhi Cacing Pita, Ini Sebabnya...


Akhir-akhir ini terdapat kes penemuan cacing pita di dalam ikan makarel dalam tin. Tetapi, bagaimana jika terdapat banyak cacing pita ditemui di seluruh tubuh manusia?

Seorang lelaki yang berasal dari China mengalami insiden ini. Pada mulanya dia merasakan sakit perut dan gatal-gatal di seluruh badan. Lelaki itu kemudiannya ke hospital dan melakukan pemeriksaan.

Setelah melakukan pemeriksaan dan scan hasilnya sangat mengerikan. Terdapat cacing pita hampir di seluruh tubuh lelaki ini.

Akibat dijangkiti cacing pita, lelaki ini dimasukkan ke hospital di bahagian timur China. Menurut kajian  jangkitan ini berlaku kerana lelaki itu telah mengambil terlalu banyak sashimi.

Sashimi adalah sejenis ikan mentah yang berasal dari Jepun. Doktor yang merawatnya percaya ikan yang dimakannya telah tercemar.

Seorang pakar pernah mendedahkan sushi dan sahimi meningkatkan risiko jangkitan cacing pita di dalam tubuh manusia.

Bukan itu sahaja malah makanan Eropah seperti fillet ikan mentah yang diperap juga menyumbang kepada jangkitan cacing pita.

Untuk mengurangkan jangkitan cacing pita boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Pertama, cuci tangan dengan air dan sabun sebelum memasak dan makan.

Kemudian pilih daging atau ikan segar dan masak dengan sempurna. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran, jika perlu didihkannya  untuk menjadi ia lebih bersih.

Yang terakhir jika haiwan peliharaan mengalami jangkitan cacing pita, ia harus dirawat dengan segera.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com