Neelofa Akui Fazura Pesaing Terhebat Dalam AME2018


NOOR Neelofa dan Nur Fazura merupakan dua nama besar dalam industri seni tanah air dan mampu berdiri dengan kukuh di atas kaki sendiri, namun kebelakangan ini mereka dikaitkan pula oleh sebab cinta seorang lelaki bernama Fattah Amin.

Umum mengetahui kisah cinta tak kesampaian antara Neelofa dan Fattah, yang kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Fazura hujung tahun lalu, namun itu tidak bermakna mereka bertiga tidak lagi ‘dilaga-lagakan’ antara satu sama lain.

Neelofa sendiri mengakui bahawa Anugerah MeleTOP 2018 tahun ini memberi cabaran kepadanya kerana perlu bersaing sengit bersama dengan nama besar lain antaranya ialah Fazura dan pelakon baharu, Farah Nabilah.

“Persaingan adalah satu realiti… Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (Ahad lalu), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama,” katanya dipetik daripada BH Online.

Sebagai anak seni yang sudah menapak selama hampir 10 tahun, Neelofa sendiri menyifatkan persaingaan sesama rakan artis dalam sesebuah anugerah merupakan realiti yang perlu mereka hadapi.

“Farah Nabilah juga ada kelebihan daripada segi undian dan bakatnya dalam lakonan sehingga meraih perhatian ramai.

“Bukan bermaksud saya tidak yakin dengan diri sendiri, sebaliknya, siapa pesaing saya dan kelebihan yang mereka ada,” tambahnya lagi.


Fazura yang juga merupakan isteri kepada bekas kekasih Neelofa, iaitu Fattah Amin telah dinobatkan sebagai Bintang Filem Meletop pada malam Ahad lalu.

Malah, selain Farah, Fazura juga mempunyai peluag besar untuk merebut anugerah utama iaitu Top Top Meletop bagi kategori wanita, namun nasib telah menyebelahi Neelofa pada malam itu.

Selain itu, pengasas Naelofar Hijab itu juga telah memenangi anugerah yang lain iaitu anugerah Fesyen Meletop dan Pelakon Televisyen(TV) Meletop.

Bagaikan sudah menjadi tradisi buat Neelofa sendiri apabila tibanya Anugerah MeleTOP ERA, dia pasti akan dikecam disebabkan beberapa perkara.

Tetapi, pengacara serba boleh itu menganggap setiap publisiti buruk yang terpalit padanya perlu dilihat daripada sudut yang lebih positif.

“Dengan kecaman inilah membuatkan peminat berdiri teguh di belakang dan membawa saya kekal bersama mereka. Mereka juga terus bekerja keras demi kerjaya saya.

“Saya tak boleh menutup mulut orang daripada terus mengata. Apa yang saya boleh buat adalah kuatkan hati dan berusaha demi kerjaya seni dan perniagaan saya supaya menjadi inspirasi kepada orang lain,” ujarnya laagi.

Adat pertandingan, pasti akan ada yang menang dan kalah. Kalau kalah, boleh cuba lagi pada masa akan datang. Tapi kalau dah selalu sangat menang, kita anggap sahaja sebagai rezeki tuan empunya badan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com