Nedim Tunai Janji Bantu Bayi Hidap Ekzema


KUALA LUMPUR - Suami Nora Danish, Nedim Nazri mengotakan janji membantu bayi yang menderita ekzema kronik apabila membawa pesakit kecil itu menjalani pemeriksaan dan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang, di sini.

Berita itu dikongsi bapa bayi terbabit, Danial Rayyan menerusi entri terbaru di Facebook, berserta gambar bersama usahawan terbabit, kelmarin.

"Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga," katanya yang tinggal di Johor.

Sebelum ini, Nedim menyuarakan keinginan membiayai kos rawatan di hospital swasta, selain menampung perbelanjaan hotel dan pengangkutan untuk ibu serta bapa bayi itu sepanjang berada di ibu negara.

Hasrat itu diluahkan Nedim menerusi komen di akaun Instagram yang memuat naik semula luahan bapa pesakit kecil itu yang meminta orang ramai mendoakan anaknya.

Dalam komen itu, Nedim turut meminta orang ramai atau sesiapa yang mengenali Danial Rayyan menyampaikan hajatnya mahu membantu mereka.

Status bapa bayi itu menerima pelbagai maklum balas positif daripada pengikut Facebook Danial Rayyan, malah mereka turut terharu dengan kesungguhan Nedim.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com