Nawawi Hormati Mahathir, Tapi BN Tetap Beri Tentangan Hebat Demi Penduduk Langkawi


Barisan Nasional (BN) perlu mempertahankan Pulau Langkawi daripada terlepas kepada parti pembangkang bagi  meneruskan pembangunan baharu yang dirancang bagi faedah penduduk di pulau pelancongan itu.

Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, pertandingan dalam pilihan raya umum ke 14 ini bukan untuk kepentingan individu  termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad atau sesiapa juga.

"Apa saja yang kita buat untuk kepentingan rakyat, jadi saya tak nampak parti lain akan mampu untuk membawa Langkawi ke mercu kejayaan kecuali Barisan Nasional, " kata Nawawi yang dipetik daripada Antarapos. 

Dalam hal ini, kata Nawawi BN akan mempertahankan Parlimen Langkawi dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN)untuk mempastikan  pulau itu berada dalam jajahan BN bagi memudahkan mendapat pelbagai bentuk pembangunan pada masa hadapan.

Beliau bercaya jika parti lain daripada BN, adalah sukar  untuk mendapat agihan pembangunan.

" Oleh itu kita akan mempertahankannya bagi manfaat penduduk Langkawi sepereti pembangunan yang diperolehi sebelum ini iaitu sepanjang BN memerintah," katanya.
.
Nawawi juga menyatakan beliau menghormati Dr. Mahathir yang memilih Langkawi untuk bertanding pada PRU ini walaupun atas tiket pembangkang.

Namun demikian, Nawawi yang juga Ketua UMNO bahagian Langkawi berkata BN sudah pasti akan memberikan tentangan sengit kepada bekas Perdana Menteri itu yang kini mengetuai PPBM dan Pakatan Harapan.

Kelmarin Presiden Parti Keadilan  Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menamakan Dr. Mahathir, 93 tahun  sebagai calon pakatan bagi Parlimen Langkawi pada PRU14.

Kali terakhir Dr Mahathir bertanding di Parlimen Kubang Pasu  pada PRU10 iaitu hampir 19 tahun lampau.

Sebelum ini Dr. Mahathir dilaporkan akan bertanding Kubang Pasu dan Putrajaya selain Langkawi.
.
Pulau Langkawi dan Jerlun dahulu hanya kawasan Dewan Undangan Negeri dan berada dalam satu parlimen (Jerlun-Langkawi).

Ahli Parlimen Jerlun/Langkawi sebelum ini terdiri bekas Menteri Besar Datuk Seri Syed Nahar Shahbuddin, dan selepas dipisahkan Parlimen Langkawi diwakili Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Abu Bakar Taib  .

Nawawi yang sebelum itu ADUN Kuah, memenangi kerusi Parlimen Langkawi Pada PRU13 selepas mengalahkan Ahmad Abdullah (PKR) dengan kelebihan undi 11,861 undi. -kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com