Nangis Kasut Spiderman Hanya Untuk Budak Lelaki


ALAHAI… Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka yangd ditonton atau dibaca di media tertentu.

Namun, bagi seorang kanak-kanak perempuan, angan-angannya ‘musnah’ apabila mendapat tahu bahawa kasut Spider-Man yang diidamkan di sebuah pasar raya itu rupa-rupanya hanya untuk kanak-kanak lelaki.

Berkongsi kisah lucu tersebut menerusi laman Twitter, bapa budak perempuan itu, Qasim Rachid menjelaskan betapa kecewa anaknya apabila tahu tentang kasut itu, malah meluahkan kekecewaannya berhubung perkara itu.

Media melaporkan bahawa bapa kepada tiga orang anak itu berkata anak perempuannya menangis semasa berada di sebuah kedai kasut di kompleks beli-belah Target yang terletak di Virginia, Amerika Syarikat.

Beliau yang merupakan seorang penulis dan peguam berkata, anak perempuannya mula bergaduh dengan abangnya gara-gara cemburu dengan kasut Spider-Man yang diperoleh abangnya, lapor laman sesawang Independent.


“Hey @Target saya membelikan kasut Spider-Man untuk anak lelaki saya yang berusia empat tahun dan sekarang adik perempuannya yang berusia dua tahun juga mahukan kasut Spider-Man,” kata Qasim.

“Namun anda tidak jual kasut Spider-Man yang muat untuk budak perempuan berusia dua tahun. Walaupun saya cuba cari, hanya ada untuk lelaki. Sekarang anak perempuan saya menangis. Ini agak sedih,” tambah Qasim.

Semua kasut Spider-man yang dijual di pasar raya itu bagaimanapun memang disifatkan sebagai kasut direka khusus “untuk kanak-kanak lelaki”, lapor laman Independent lagi.

Meskipun sebahagian orang mungkin berpandangan bahawa label kasut tidak jadi masalah, ada pula menegaskan tidak adil jika kanak-kanak perempuan ‘terpaksa’ berasa produk bertemakan wira direka hanya untuk budak lelaki.

“Saya rasa kita sudah jangkau zaman moden di mana pakaian dan kasut adalah berdasarkan saiz dan bukan jantina,” menurut seorang netizen Twitter dan menambah “Tiada orang patut lepas peluang memiliki sepatu Spider-Man.”

Qasim namun turut memuat naik rakaman video menerusi laman sosial Twitter yang menunjukkan bahawa anak perempuannya itu akhirnya gembira dapat memakai kasut Spider-Man milik abangnya.

“Kasut @Target ini mungkin kecil, tetapi saya sudah janji kepada anak perempuan saya sama seperti apa yang saya janjikan kepada anak lelaki saya – dan saya perlu menunaikan janji,” menurut Qasim. 

Sumber– Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com