Nak Anak Jadi 'Hensem', Ibu Gosok Tubuh Anaknya Dengan Batu


Perkara yang mengerikan berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di India.

kanak-kanak lelaki itu cedera selepas ibu angkatnya membuat melakukan sesuatu yang mengejutkan, iaitu menggosok tubuh anak angkatnya menggunakan batu.

Times of India melaporkan, wanita berkenaan, Sudha Tiwari tersebut menggosok tubuh anak angkatnya menggunakan batu.

Kakak Tiwari, Shobna Sharma mendedahkan, adiknya itu mengambil anak angkat bekenaan kira-kira setahun yang lalu.

Ketika dibawa ke keluarga besar mereka, ibu saudaranya tidak suka dengan penampilan kanak-kanak tersebut.

Tiwari terus berusaha membuat anak angkatnya kelihatan comel. Salah satunya dengan menggunakan batu hitam selepas seorang rakan memberikannya cadangan.

Tindakan wanita itu, yang juga seorang guru di sebuah sekolah telah mengakibatkan anaknya mengalami kecederaan pada kakinya, belakang, bahu dan pergelangan tangan.

Sharma memberitahu, dia cuba menyekat kakaknya daripada melakukan perbuatan itu tapi gagal.

“Saya kemudian melaporkannya kepada Polis dan talian Kanak-kanak kerana saya tidak dapat menahan kanak-kanak berkenaan disiksa sedemikian rupa,” kata Sharma.

Kanak-kanak itu diambil dari rumah Tiwari, dan terus dibawa ke Hospital Hamidia untuk mendapat rawatan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com