Najib Tegur Sebar Berita Palsu Pilihan Raya


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur tindakan pengguna media sosial yang berkongsi berita palsu berkaitan pilihan raya umum.

Dalam catatan twitter beliau hari ini, Najib menyertakan satu contoh catatan pengguna di laman sosial yang kononnya berlaku penipuan proses pengundian.

“Ini pun sama, di permulaan dia tulis tak pasti jika #fakenews tapi kongsi juga. Tak pasti janganlah kongsi. Jangan jadi ejen kerosakan!” kata perdana menteri.

Dalam catatan twitter itu, beliau berkata setiap kali pilihan raya, pembangkang akan menyebarkan fitnah konon berlaku penipuan proses mengundi.

“Tuduh itu tuduh ini, dahsyat betul #TsunamiPHitnah,”katanya. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com